Pages

Thursday, May 27, 2010

Bibirku

Seminggu gak aku menahan penderitaan ini,
klu sehari dua tu boleh ar aku bertahan tp nie dh nak msk semgg nie,
tu yang nak buat keje pun mood xde..huhuhuhu..,
mne xsakitnye, bibir ku nie pecah n pedih kot,
due kat bawah satu kat ats,
klu bawah tu dh biase ar,
tp tang blah atas nie..peeergghhhh
pedih kot, bkn slalu kene..huhhuhu

ssaaakkkiiittt!!!!

Wednesday, May 12, 2010

Hari ini buat ape????

Pulang dari kerja, aku dan community untuk Annual Dinner ada test food kat ROYAL CHULAN HOTEL.

sampai sana lebih kurang pukul 7.30mlm ar.

so kali ni punya annual dinner memang best, TERBAIK, gempak n grendddd ar.

so kali ni memang puas hati ar dengan tempat, makan dan agenda2 yang di aturkan oleh community.

masa test food tu, aku bantai ar semua (tapi tak semua pun).

tapi dalam banyak menu yang di sediakn di cafe tu, aku try satu makanan nie, iaitu.

ITIK @ DUCK

itik tu die masak style macam ayam nasi ayam ar, memandangkan itu merupakan kali pertama aku makan.

so not bad lak itik tu, rasa dia macam ayam ar.

Sedang aku menikmati makanan, tiba2 kawan ku call

Nad: hello dik, ko kat ne??

Aku: aku kat hotel royal chulan nie

Nad: ko buat apa kat situ??ade ape??

Aku: aku ade test food untuk dinner nanti,. Asl?? (dialog nie diringkaskn coz sblm dialog ada ar benda2 yang aku merepek2)

Nad: Ooooo, xde ar, aku nak ajak ko lepak kat A-Malik, so abs kul bape??

Aku: Oooooo, aku abs maybe kul 9mlm kot.....ko lepak lame lagi kn??

Nad: A'ah

Aku: Ok, nnti aku sampai

Nad: OK bye...

So aku sampai dalam kul 10:10 mlm ar.

hehehehe. soie nad coz i'm late.

pas tu dia orang ajak g karok (karok lagi??hmmm..layannnn).

so layan karok hampir kul 2pg, tapiiiiiii.

bilik yang kita orang nyanyi tu memang membuatkn aku takde mood.

sebab microphone dia xbest, tu yang buat aku kurang menyerlah.

uhuhuhhuhhu..

apa-apa pun memang best n happy ar.

thanks a lot to my friends.

Nad, Kin, Apul and Yazerddd.

Tuesday, May 4, 2010

Aku

Semalam dan hari ni aku rasa macam xbest terhadap diri aku ni. Macam ada je yang tak kena, sampai nak keja pun dah takda semangat macam hari2 sebelum ni. Rasa macam tak nak hidup kat dunia pun ada gak aku terfikir (ishh aku ni.. fikir ke situ lak) tp tak leh gak coz banyak benda aku belum setelkan, siapa nak bayar duit kereta aku??, siapa nak bayar duit personal loan aku??, siapa nak bayar duit ASB aku?? siapa??siapa?? klu bukan aku....Aku tak nak ar nak tinggalkan semua tu begitu saja dan membiarkan mak bapak aku setelkn semua....Penat2 dia owang besar n didik aku...Tup2 aku lagi tambahkan kesusahan dan beban kat die owang....Siapa yang tak nak tengok mak n bapak hidup senang (kecuali mmg ko asal dari fmly kaya ar) coz tu harapan semua manusia yg bergelar dirinya ANAK.

Adakah aku ni SOMBONG? EGO sangat ke aku ni? (semua laki ada ego okkk tp gurl pun ada gak), SELFISH ke aku ni? Ape yg korang nk dari aku sebenarnya? Ape yg korang nak aku buat sampai korang puas hati? Ape salah aku? Biase ar beb, nobody perfect ar beb (i want nobody.. nobody but you)...perrrrliisss la...xkan ar sebab aku xlayan, xcontact2, xlepak2, xbergaul2, xsembang2 pas tu leh lak labelkan aku ni sombong la, ape la, ini la, itu la dan mcm2 la....dh korang tak ajak aku so macam mane aku nak tau korang lepak ke, bergosip ke, ape ke...Den tak faham..tp xpe ar kawan2 punya pasal so masuk kiri kuar kanan...Klu tak leh terima aku takpe ar...Aku tidak rasa keseorangan kerana aku ada keluarga disamping ku..huhuhu (sambil mencari tisu) Maybe korang belum kenal aku sepenuhnye diri aku ni (kepada yang dah kenal aku bagus ar,welcome to the club), aku nie macam mana orangnya, macam mana sikap dan perangai die, baik ke, jahat ke, nakal ke....Tp yang betul-betul memahami aku dan mengenali aku adalah MAK AKU....Kerana dia lah yang melahirkan aku untuk melihat dunia ini, kerana dia lah aku boleh hidup sampai sekarang(syukur umur ku masih panjang keranaNYA), kerana dia lah aku boleh jadi aku yang sekarang ni bicoz dengan didikan, bimbingan dan tunjuk ajarnya kat aku selama ni, die lah tmpt aku segala-segalanya....SELAMAT HARI IBU PN. FAIZATUN ASMAH BINTI ZAKARIA....(tibe2 lak...maklumlah nk dekat ari ibu)

Aku nie kurang beri kasih sayang??kasih sayang mcm mne ko nak???kite ni bru je couple beb so ade ar batas2nye, klu dh kawen lain ctr ar, lbh kasih sayang aku bgi nnti...nak tau mcm ne kawen ngn aku...

Definisi Kasih Sayang: Kasih sayang ni adalah yang mana kita memberikan/menyebarkan perasaan sayang kepada orang lain secara tulus tanpa peduli apakah orang lain itu akan membalas dengan perasaan yang sama kepada kita.


Tetapi apakah itu kasih sayang sebenar?: Kasih sayang sebenar itu adalah kasih sayang yang menurut logik di mana ia merupakan perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kengkadang ada masa ia membuatkan kita melakukan perkara yang tidak wajar, apa kata orang ermm rasional. Contohnya kita mempunyai kasih sayang yang tak kira pun dalam "couple" ke "scandal" ke atau hubungan adik-beradik pun sehinggakan sesetengah daripada kita yang sanggup berbuat dan berkorban apa saja untuk orang tersayang tidak kira dari segi rohani atau fizikal serta baik buruk dan risiko yang perlu ditanggung. Adakah sesiapa di antara anda yang sanggup berbohong atau menipu orang yang anda sayang hanya semata-mata tidak mahu mereka susah kerana anda atau anda tidak mahu mereka tanggung beban yang anda tanggung. Itulah yang dimaksudkan dengan kasih sayang. Sukar untuk dihuraikan. Pernah tak korang terfikir bahawa kasih sayang itu sungguh indah? Itulah yang ALLAh S.W.T kurniakan kepada manusia sejagat. Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan. Tetapi apa yang manusia lakukan sekarang? Ada yang menghina agama ALLAH, Islam, dan lain-lain lagi. Kalian tidak akan berpuas hati dengan apa yang telah dikurniakan.Insaflah dan segeralah bertaubat menuju ke jalan ALLAH… (**copy and paste dri blog orang lain..malas aku nak taip balik..hehehe..)

So kasih sayang macam mana yang ko nak sebenarnya? tell me...tell me...apa yang penting!!, hati kite nie. Cuba tanye pada diri sendiri. Adakah aku boleh terima dia seadanya? Adakah aku boleh hidup bersama dia? Adakah dia jodoh aku? Kalau ada rasa was-was dan awas. Bagi ar masa sket...tak kan ar ko baru couple pas tu ko boleh terima sebulat-bulatnye. Come on ar, agak-agak ar beb. Takdanya orang macam tu, mesti die nak amek masa gak untuk mengenali hati budi masing...(budi bahasa budaya kita...) melainkn ko nie silent admire dia ar. Tapi kalau dah bertahun-tahun ko bercouple dan masih macam itu jugak walaupun dah bagi tau/ bagi hint2 but dia leh buat bodoh lak. Better ko tinggalkan dia ar, tapi dengan cara baik ar. So masing-masing nanti tiada lah bermusuhan.

So minta maaf lah kepada yang terasa bila korang baca entry aku kali nie...uuhuhuhuuhhuuh...nie cume luahan aje..






**macam mana aku boleh tulis entry macam ni??apa lah yang aku merepek ni...ni lah dia kalau dah takde mood nak buat keje....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails