Pages

Friday, October 22, 2010

Yusuf dan Hidayah Wedding


Salam semua,

Dah lama aku xmengemas kini aku punya blog ini, sebenarnya banyak cerita aku nak kongsi dekat korang sepanjang bulan oktober ini, tapi itulah aku ini sibuk memanjang, masa nak update tu ada sahaja tetapi kepenatan yang membuatkan aku rasa malas lak nak update blog ini. So sekarang ini aku kat ofis curi masa jap untuk update blog ini....hehehhe...

Ok memandangkan tahun ini 2010, so semua orang tertunggu2 tarikh keramat untuk seluruh dunia iaitu 10hb Oktober 2010 = 101010. Kepada pasangan-pasangan pengantin sure akan pilih tarikh tersebut sebagai tarikh yang paling sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan seperti angkasawan negara kita,
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos. Dia orang memang padan macam pinang di belah2 dua...hehehe...sama cantik dan sama padan ar. Boleh dikatakan dia orang punya majlis tu "Wedding of The Year 2010".

Pada tarikh yang sama, kawan sepejabat aku melangsungkan perkahwinannya, dia nikah 9/10/10 dan sanding 10/10/10. So aku di lantik menjadi photographer wedding dia untuk blah perempuan dan lelaki. Kiranya, it's my 1st job as photographer but not professional la....hehhe...thanks kat Yusuf dan Hidayah sebab mempercayai aku akan hasil ku ini. So amek gambar memang seronok walaupun penat tapi yang paling memenat adalah time nak mengedit gmbr....peergghhhh....aku ini dah lah buat part time je, so masa tu agak terhad. Kalau full time insya'allah cepat ar siap tp kalau part time ni memang kena ambil masa yang lama sedikit ar tapi apa2 pun akan aku usaha jugak....tungguuuu ek...

Kalau nak tengok banyak lagi gambar, sila klik link ini khairulzulhilmiphoto

Tuesday, October 5, 2010

Dah lama tak dapat hadiah....

Hoolllaaa...satu malaysia.....Sudah lama aku tak dapat hadiah daripada memberian orang sempena bufday aku, tapi tahun ini ada kejutan bagi aku, 3 hadiah aku dapat,antaranya:

1. Dapat wang tunai sebanyak RM?????.00 dari kawan ayah aku

2. Ini aku xtau ape benda dlm dia, tapi yang bg pun kawan ayh aku...hahha

Ini lah hadiahnya...terima kasih uncle!!!

3. Ini yang paling bermaknalah sebab, kwn baik aku yang hadiahkn...brand ape??di rahsiakan...

Terima kasih kepada yang memberi hadiah-hadiah ini. Sangat-sangat menghargai pemberian anda ini. Tapi hadiah aku selalu dapat adalah telur dan tepung ar...memang selalu ar kene...


2010

2008
2004

So dia org memang tunggu tarikh 3hb Oktober. Aku redha ajalah, macam dh boleh agak, siap aku standby baju dalam kereta aku. Apa-apa pun memang seronok ar, ini membuatkan diri aku sentiasa di ingati oleh kawan2 aku terhadap ulang tahun aku. Terima Kasih my Best Friends Forever.

Ini adalah bahan-bahan yang wajib iaitu tepung tapi yang specialnya tepung ini ada tertera tepung UBI kayu kat pack die...so nama tepung itu memang kena ar dengan nama pena aku...UBI...pandai betul dia owg mencari...

2010

2008

Open House Aku Part 3

Ada yang bawak anak...meriah!!!!

hamek ko...sekali kuar dari lif...ramai kot dak ofis ku dtg..sile2...


Inilah juadah yang aku hidangkn masa open house tempoh hari...

Pantang nampak camera....

Mahu pulang dah ke???

Kak nitty(akak yg best ar,...) bersama anaknya...

Ini lah belakang tadbir punya org, abg aku, kak ipar ku kak uda dan ank buah ku..si buulllattt...

Majlis ini tamat semasa maghrib..alhamdulillah...semua makanan abs dan licin!!!...


TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR KE
MAJLIS RUMAH TERBUKA SAYA TEMPOH HARI,
MAAF KALAU ADA YANG TAK DAPAT NAK MERASA
SATE, YANG TAK DAPAT SAYA NAK MELAYAN....
INSYA'ALLAH, TAHUN ADA LAGI...
JEMPUT LAH DATANG TAHUN DEPAN....

Open House Aku Part 1

Salam satu Malaysia....Ahad lepas (03/10/2010) keluarga aku ada membuat rumah terbuka sempena hari raua tahun ini dan menyambut tahun kelahiran ku yang ke-22 tahun...masih muda dan sweet kan?kan?kan?? Ramai yang cakap yang aku ini nampak macam budak baru 18tahun...hahhaa...aku pun senyum hingga ketelingalah...hhehehhe...So semua kawan-kawan aku tak kira kawan sekolah, kolej mahupun tempat kerja, semua tertunggu-tunggu open house aku. So akhirnya berlaku jugak..hahhaa...

ini table makan dimana semua makanan akan dihidang ats meja ini

Semalam meja ini dah aku tukar kedudukan daripada tempat asalnya. Selepas aku pulang dari kena balik tepung n telur ngn mmbr aku, sampai umh n pas membersihkn dri, terus susun meja...supaya bgn besoknya takdelah kelam kabut.

AJK / urusetia bhgn dapur...maksu n adk ku

Masa ini masing-masing ada tugas yang di beri arahan oleh mam besar umah aku iaitu siapa lagi kalau bukan mak aku. Dia kalau bab2 bhgn ini memang dia pakar, kasi tabit sama dia....

ini lah keadaan kaki lima di rumah aku.

tahun lepas letak kerusi je tp tahun nini ade meja

ada dua side..kiri dan kanan....

Kalau tahun lepas kita orang letak kerusi table makan je kat luar sebab tahun lepas buat dua kali open house, satu untuk kawan2 babah dan mama, satu lagi untuk kawan2 aku dan adik aku. So tahun lepas takde lah sesak mcm tahun ini sebab tahun ini buat sekali je. Sebab itu ada meja dan kerusi kat luar supaya dia owg leh amek mknan n leh makan luar mahupun kat dlm.

org2 di dapur tengah sibuk menyediakan makanan

sepupu ku tengah potong lemah yg berbatang2

Bilik aku dan bilik air dah jadi macam dapur kedua dah, bilik air tukar tempat jadi basuh pinggan mangkuk periuk belange. Bilik aku lak tempat nk motor lemang sampai tujuh batang, pastu stok sate kat bilik aku gak .

potong buah untuk rojak

ini lah ank buah aku yg sungguh comey dan dia agak terkejut sebentar

Ini lah pasangan kekasih dan kawan ku yang pertama datang ke rumah ku..tahniah!!!

Ini my best friend forever (BFF), kita org kawan dari sekolah rendah sampai sekarang, ini lah aku panggil dia TOMATO....nama sbnrnya asyraf azizan....so dia datang dengan pasangannya, mir...aku pun kenal la ngn awek dia. Kita org punya style, siapa2 yang dah berpunya mahupun sudah berpasangan kena tunjukkan kat kita orang face to face supaya mendapat restu drp kita org....hehehhehe...

byk lagi ctr nie...tunggu smbgan.....tttunnngggguuuu

Open House Aku Part 2

Salam satu malaysia...kita sambung lagi.....kita orang buat open house bermula dari pukul 1:00ptg sampai ar pukul 5:00ptg...kalau mengikut pelan ar. Tapi kadang-kadang terlajak jugak sampai ke maghrib...dah orang datang kena lah melayan...tak kan nak menghalau lak..tak baik macam tu....Kul 1:00ptg untuk kawan2 ayah aku kat kondo tu, untuk kawan2 aku dan adik aku kul 2:30ptg bru ar start, setelah diwar2kan di dalam facebook. Masa 2:30ptg dah time kemuncak dah...so memang kena get ready dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani ar...hahhaha

ini member kolej aku - Redz

ini dak ofis aku yg pertama datang di kalangan rkn2 di ofis ku

member aku ini nama dia agak panjang tapi kami panggil dia botak je..simple

Ini member2 gegurl sekolah menengah yang rapat dengan aku

tompok, zaem dan jpah

rock, alin + bf, najib banana

cupcake untuk aku yang dibuat oleh adik aku.

Memandangkan cupcake agak popular sekarang, so adik dan maksu dengan kerajinan yang ada, dia owg pun buat cupcake untuk bufday aku kali ini. Terima kasih ek....

Ini lah rakan2 sekolah ku yang setia bersama2 ku..

Ini lak dak2 ofis aku...

Ini hot couple.....bulan 11 ini dah nk tunang...alhamdulillah...

Ini pun dak ofis aku gak

Dia owg ni datang lewat sikit, so memandangkan dia owg lewat, so tak dapat ar merasa sate yang memang sedap giler. Bapak aku beli 1000 cucuk kot, cepat je habis, aku pulak lupa nak simpan untuk die owg...soei ek...tunggu tahun depan ar....

open house lagi...wahhh

Semalam aku aku bangun nak pergi kerja tetapi keletihan dan kepenatan melayan rakan-rakan yang datang open house aku semalam...ppeeerrgghhh memang meriah wa cakap luuu....bajet smp pukul 5:00ptg je tapi terlajak sampai maghrib...apa-apa pun terima kasih ek siapa yang sudi datang semalam.

Ok sambung balik cerita tadi, bangun pagi semalam aku tak larat nak pergi kerja, so dengan pantas tapi dalam keadaan mamai, aku mencapai telefon bimbit ku untuk menghantar satu pesanan ringkas kat kak Nitty "kak nitty...sye half day pg ar...", selepas itu aku sambung tidur balik sampai ar pukul 11am aku terjaga. Macam biasa ar, 1st thing yang aku akan buat adalah, ON PC untuk buka FB...hahahha...nak tengok apa update skg. Selepas itu, siap2 pergi kerja tapi sebelum pergi kerja itu, aku pergi beli air mineral kat NSK wangsa maju sebab kak ogie suruh beli. On the way nak smp pejabat, aku call member ofis aku, tanya nak pergi lunch dekat mana hari ini, tiba-tiba dia suruh naik atas ada open house department dia. So aku pun apa lagi, bawa kereta laju dengan selamat, coz takut makanan habis nanti, so nanti aku kempunan nak merasa open house dia owg. Sampai shj ofis, aku letak air mineral dulu pas tu baru g serang open house dia owg. Rupa-rupanya ada dua open house department, deparment IOP dan QA,

ini dekat department QA

ini lah juadah yang dihidangkan

Department QA aku serang dulu sebab dia owg buat kat bawah, so banyak ar juadah yang dia owg hidangkan, macam nasi ayam, sate, lemang, rendang, buah-buahan dan macam2 lagi ar, tapi aku bantai nasi ayam dulu sebab aku kan gila makan ayam sampai mak ku gelarkan aku mat ayam (bukan bapak ayam ek...tolong sket ek nok). Dah ar time lunch dan aku belum lunch so memang sesuai ar...jimat duit belanja aku hari tu...hahha...terima kasih kerana menjemput.

Department IOP lak

Selepas selesai makan kat department QA, aku dan member aku pergi pulak makan kat atas lak, sampai2 je die owg dah kemas2 dah...loooo.....nasib baik ada domino pizza, so aku pun bantai ajalah...


nie je aku sempat makan....

Apa-apa pun terima kasih ek menjemput aku...mmg best ar kalau hari-hari macam ni....hahahha

Monday, October 4, 2010

Win iPhone4 for Yourself


Join this contest and you will bring back an iPhone4 for you.

60 movie premiere tickets for:
* Dinner With Schmucks at The Curve, Cineleisure on 5th October 2010 9:30PM are up to be won!
* First 30 referrals of minimum 2 signups each before 5th October 2010, 12PM will win*! (first come first serve basis) Hurry!

Hurry!
* Contest Period: 1st October 2010 - 31st October 2010
* Winners will be selected based on the user who sends the highest number of successful referrals.
* Don't forget to come back later to check out the contest leaderboards.

Sunday, October 3, 2010

sudah smp 22tahun.....

Tepat jarum panjang dan jarum pendek sudah berada di angka 12 menandakan umur aku sudah naik satu angka dari 21 ke 22 tahun. Ohhhhh...aku sudah bertambah remaja/dewasa tp still sweet di mata korang....hahhahha...maklumlah muka macam budak2....orang kata ek bukan aku yang kata....

Terima kasih aku ucapkan kepada BFF aku yang sentiasa bersama aku ketika sedih dan gembira, paan, tomato, pingu dan botak sebab buat sedikit bufday party kat SuperStar, Wangsa Walk. Walaupun tak ramai tapi agak sesak juga dalam bilik karaoke itu, Terima kasih kepada yang sudi, iaitu kawan-kawan2 yang rapat, yang setiap minggu ada saja plan nak kuar....fatin, elleysa (happy bufday to u), nuwet, atie dan tompok. Thank a lot babe...korang memang sporting n best ar...kalau macam ini lah....aku masih boleh bertahan lagi untuk aku tak bercouple...hahhaha....

Memandangkan hari ini ulang tahun aku dan seperti biasa, setiap kali kemunculan tarikh 3/10/????, dak2 ini semua dah plan baik2 nak kena / BANGkan aku, kalau sebelum ini memang kena je....memang dia orang tunggu2 tarikh tu....tapi tak apa ar...aku redha....hahhaha....Tapi kali ini punya agak teruk kot, member aku si pingu ini yang sediakan bahan2 untuk kenakan aku, peerrrgghhhhhh dia punya telur tu....amat...amat..amat busuk koootttttt...bapa lama ko peram telur tu pingu!!!!!....sampai aku terus buang ar baju aku pakai tu, aku risau rambut aku je...nanti berbau kuat kottt....pas dah selesai acara baling membaling, aku pun minta ar si fatin ini gi ambil syampu apa2 supaya aku leh hilangkan bau BUSUK!!!! kat rambut aku ni.....Dah la time tu time hujan tapi takde lak lebat cume renyai2 shj. Dah dapat syampu aku pun amek dan tekan sebanyak yang boleh dia kuar pastu terus mencuci rambut ku, dah lah hujan so memang best ar coz mandi hujan....hahhahha.....apa2 pun korang memang best ar....thank semua!!!!!!

Saturday, October 2, 2010

Open House......

Tahun ini banner die warna biru pulak

Hai semua....salam satu malaysia...ceh wahhh....hahhhaa....ok semalam dan sejak kebelakangan ini aku agak sibuk dengan kerja di ofis. Semalam SAPURA ada buat rumah terbuka/majlis smbtn hari raya bersama kumpulan sapura kat the mines. Kalau ikut perancangan yang telah di plan, smlm ofis aku buat karaoke kat RedBox sogo tapi memandangkan xnak ade org yg KECIWA lagi, kita org pun postpone ke waktu yang sesuai...hehhehehe....tp mmg tak rugi ar kalau siapa yang pergi sapura punya event sebab banyak kot makanan yang di sediakan untuk tetamu yang datang. Tahun ini, kali ketiga berturut-turut aku datang event ini. Memang aku tunggu-tunggu event ini sebab ada kambing panggang kottttt....pperrgghhh..mmg terbaik ar kambing panggang die..naleerkk...tapi kena datang awal coz kalau lambat kena ar beratur panjang....semalam ada member aku beratur dan tunggu punya la lama....nak beberapa langkah lagi je nak sampai, orang yang potong daging kambing tu kata, "minta maaf ek semua, kambing dah abis"....huhuhuhu...sesangat lah sedih kepada yang tak dapat nak merasa kambing tu...xpe xpe...tahun depan ada lagi. Lagi pun tahun ni dia buka satu gerai je, tak macam tahun lepas, ada dua gerai dia buka. Tapi kalau sapura buat open house ini, ramai yang akan serang kambing panggang dulu....hahhaha...

Memandangkan sapura buat event ni, so bos kasi balik awal dalam kul 4.30ptg tapi aku keluar ofis kul 5.00ptg. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20mnt sebab masa tu keadaan lalu lintas sungguh lancar sekali. Ok, dah sampai, dah parking n dah sampai bawah, so aku pun pasang plan...jeng..jeng...mula-mula aku ingat nk serang kambing, tapi takde lak, yang ada satay, rojak, cendol, ABC, murtabak, mee kari, tau fu fa, dan macam-macam lagi. Sebenarnya, dia buka banyak gerai dan ada dua bahagian, 1 bahagian kat belah tempat parking kereta dan sebelah lagi kat tasik...tp kambing tu kat blah tasik tp aku kat belak parking. So aku mengarah rakan2 ku untuk ambil makanan sebanyak yang mungkin dan berkumpul satu tempat.

aku: ok jamal n fendi g belah sana amek ape yang patut, kalau ade kambing amek byk2. Aku ngn bidin amek satay. Pastu kita kumpul satu tempat, sapa cepat die cari table dlu k??berpecah!!!!!

jamal/fendi/din: ok roger!!!

nasib baik aku xbawak radio walkie talkie.....hahhahaha....

aku: ok bidin...nnti ko amek satay daging, aku lak ayam ok???sambil pndg tepat kematanya dan menunjuk tanda bagus....

bidin: ok2....

Ok dah setel amek, aku n bidin g mencari table untuk kita orang menyantap beramai, sambil aku dan bidin makan satay secara berdiri, sambil itu kita orang usha2 table mana yang kosong. 5 minit kemudian ada ar satu meja ini ade 3 org je duduk, aku n bidin pun duk ar satu meje tu, pastu kita orang nampak ar fendi, jamal dan tiba2 mejar razaly ada membawa 2 pinggan kambing....peeerrrgghhhh memang terbaik ar mejar.....bagus2....aku pun apa lagi, belasah ar kambing tu.....alaammmmaakkkk!!!!....syidappppnyeyyeee.....

Selepas habis makan kambing n satay, aku ngn bidin pun pergi cari sumber makanan lagi, kali ini kita orang serbu KEBAB MELAWATI lak..kebab ni mmg terbaik ar...so macam biasa ar, aku ambil 4 kebab ayam, din ambil 4 kebab daging. Sementara tengah beratur tu aku jumpa dris, apa lagi aku pun suruh ar dia ambilkan gambar kami ini.

ini masa aku dan bidin tgh beratur amek kebab....

Dah ambil kebab tu, aku pun pulang ar ke meja tadi dengan membawa hasil sumber makanan tadi, bila sampai je ramai lak yang nak, dah ar tak cukup tapi nasib baik aku dan bidin ambil dulu, yang selebihnya tu korang gaduh ar masing2, yang penting aku dan bidin dah bedal dlu....nyam..nyam...nyamm...shidappnyeee....Dah habis kebab, aku dan bidin lagi sekali pergi mencari makanan lagi...(rajin lak aku ngn bidin mencari, korang buat ape lak!!!!duk meja tu tunggu makanan je....tp xpe ar...die owg semua 1st time...aku xpe dh byk time n dah berpengalaman bab2 mencari n ambil makanan nie) kali ini kita orang ambil mencuci mulut pulak iaitu ais cream!!!!....aku ambil 5 bidin ambil 5 gak...so campak atas meja n pandai2 korang ar nak makan....

Banyak lagi makanan yang belum aku makan yang ada kat open house sapura tu, tapi memandangkan perut ku sudah kenyang so aku pun mengarah rakan2 ku yang naik ngn kereta aku pulang ke ofis balik sebab aku kena kerja kot, so tak boleh ar duduk lama2 kat situ. Nak balik tu, keadaan lalu lintas agak sesak. Sampai ofis dlm kul 9pm, agak lama gak ar aku nak menempuh jalan yang sesak yang di penuhi kenderaan2 yang baru pulang dari kerja. Nasib baik aku pakai kita auto, biasa ar babe...hidup Key Yelll nie kene ar pakai kereta auto...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails