LISA...dedah rahsia penjagaan wajah.
Petah berbicara dan kekal merendah diri, Lisa akui lebih selesa menjadi sederhana dalam serba-serbi.
Ketika ini pelakon jelita ini sibuk membintangi filem Ombak Rindu bersama Maya Karin dan Remy Ishak.
Disebabkan berbakat dan cantik, tidak hairanlah Lisa mula menjadi buruan ramai. Terbaru dia dilantik menjadi duta produk kecantikan Garnier.
Mengulas mengenai perkembangan berkenaan, Lisa berkata tidak boleh tidak, dia perlu menjaga penampilan diri apatah lagi ia sudah sinonim dengan dunia hiburan.
"Saya sangat menitikberatkan penjagaan wajah setiap masa. Justeru, saya akan mencuci muka dua kali sehari, pagi dan malam.
"Saya tidak akan tidur dalam keadaan mekap tebal," katanya.
"Jenis kulit saya sangat sesuai dengan produk Garnier. Biasanya, saya akan guna penyegar (toner) dan pelembap muka (moisturizer). Produk Garnier untuk siang dan malam ada perbezaannya. Ini kerana produk malamnya lebih berfungsi melembapkan kulit wajah kita.
"Dalam soal penjagaan kulit, apa yang boleh saya katakan, setiap orang harus mengambil berat mengenainya.
"Saya menjaga kulit pun bukan sebab karier sebagai artis, tetapi ia sudah tanggungjawab diri. Saya juga sentiasa mengamalkan minum air suam.
"Tidak ketinggalan, saya juga amalkan minum pati teh hijau dan buah-buahan. "Semestinya, saya tak minum kopi dan ambil minuman berkarbonat. Petua ini, saya amalkan selepas habis sekolah. Minuman berkarbonat saya tak sentuh sejak zaman kanak-kanak lagi," katanya.
Berkongsi lagi mengenai rahsia produk Garnier, Lisa berkata, dia sentiasa menggunakan penyegar mata untuk menghilangkan tanda hitam di bawah mata. Selain itu, katanya, dia memakai topeng muka (mask) setiap dua minggu sekali. Bukan itu saja, Lisa juga tidak terkecuali menggunakan penyental muka (scrub) di kawasan zon T pada wajahnya.
Bagaimanapun, katanya, penyental muka perlu dilakukan secara perlahan yakni jangan kasar agar kulit wajah tidak tercedera.
Katanya, produk Garnier Light Whiten & Even Moisturizing Cream bertindak dwiaksi terbukti. "Kesannya kulit lebih cerah sehingga dua tona dan bintik hitam juga akan berkurangan. Ia boleh diukur dengan pengukur tona kulit dan pengukur bintik hitam.
"Pastinya, keputusan itu akan menyeronokkan wanita. Menerusi revolusi Snow Pine White Source, kulit kita 10 kali cerah berbanding vitamin C. Ia turut dimuatkan juga dengan kandungan SPF17/PA++ yang melindungi kulit daripada pancaran sinaran UVA/UVB.
"Justeru, kulit lebih cerah dalam masa dua minggu, begitu juga bintik hitam berkurangan dalam tempoh itu," kata Lisa. Bercakap mengenai Aidilfitri yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, Lisa juga membuat persiapan ala kadar. Menurut Lisa, dia merancang untuk membeli tiga pasang pakaian baru.
"Itupun bergantung pada keadaan. Cuma, saya memang suka gaya yang ringkas dan bersederhana. Aidilfitri kali ini, saya dan keluarga tidak pulang ke kampung dan hanya meraikannya di Kuala Lumpur. Kami juga tak akan lupa menziarahi pusara ayah.
"Sempena Aidilfitri ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya kepada umat Islam seluruh negara. Pada musim perayaan ini, saya juga mahu mengingatkan supaya berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
"Dalam pada itu, penampilan juga harus diutamakan. Sebagai seorang gadis, saya sentiasa impikan penampilan menyerlah di hadapan tetamu yang datang beraya di rumah saya. Sekalipun bergaya ringkas, saya akan pastikan solekan saya itu sesuai dengan pakaian yang selesa," katanya.
*bila lah aku leh dapat awek mcm die nie ek???cntk, manis, ayu, comel...perfect ar bg aku...huhuhu...ape2 pun I LOIKE LISA..hehhe
No comments:
Post a Comment