Pages

Monday, September 13, 2010

hari raya pertama di rumahku

Malam raya aku tidur lewat sebab melayan rancangan di TV dan melayan anak buah aku si MIA sebab tiba2 dia bangun dari tido....so kena ar layan dia sampai aku tertidur dan dia tengok je aku tidur..hehehe...

Pagi raya aku bangun dalam pukul 8pagi dan kelam kabut aku dibuatnya sebab takut terlewat pergi solat raya. Yang bangun masa itu hanya aku dan kakak ipar aku, so selepas mandi dan bersiap aku pun gerak ar nak pergi solat aidilfitri ngan abang aku. Tapi memandangkan kami berdua dah lewat, bila sampai kat masjid je terdengar lak imam memberi salam...ok fine bermakna solat aidilfitri dh tamat so aku pun pusing ke rumah abang aku pergi amek baju si MIA untuk raya kat kampung nnti...

ini keluarga aku sekarang

with my lovely sister

with my nephew Nurul Insyirah Damia

Semua gambar2 di atas semua di ambil sebelum orang mahupun saudara-mara datang beraya sebab dia orang semua tahu yang tahun ini aku tak balik kampung beraya so dia orang datang umah aku berkumpul. So memandangkan ramai yang nak datang ke rumah, aku dan abang aku pergi amek makanan yang telah di tempah kat cik nah (cik nak nie buat catering..nama catering die Melati Zaman Enterprise..contact number 019-6629973...masakan die mmg best ar....xmenyesal kalau korang nk buat event kalau panggil die)...





Ini keluarga auntie aku yang paling sempoi dan sporting....

So hari raya pertama ini ramai jugak dan meriah ar gak rumah aku tahun ini sebab ramai kot yang datang beraya dan putus2 orang datang....yang datang pun saudara-mara terdekat belah mak aku dan kawan2 ibu bapa ku...kawan2 ku tak de lah datang coz masing2 dah pulang ke kampung dan hari pertama pun khas untuk bersama keluarga ar...so di sebabkan ramai datang, aku pun turut serta tak berputus membasuh gelas2 serta pinggang di dapur...ape2 pun memang meriah ar beraya kat KL tahun nie....

2 comments:

Anonymous said...

wah makin bertambah ceria kak faezah dan abg mat skrg

ubey said...

sudah semestinya...yyeaahh!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails