Pages

Friday, October 22, 2010

Yusuf dan Hidayah Wedding


Salam semua,

Dah lama aku xmengemas kini aku punya blog ini, sebenarnya banyak cerita aku nak kongsi dekat korang sepanjang bulan oktober ini, tapi itulah aku ini sibuk memanjang, masa nak update tu ada sahaja tetapi kepenatan yang membuatkan aku rasa malas lak nak update blog ini. So sekarang ini aku kat ofis curi masa jap untuk update blog ini....hehehhe...

Ok memandangkan tahun ini 2010, so semua orang tertunggu2 tarikh keramat untuk seluruh dunia iaitu 10hb Oktober 2010 = 101010. Kepada pasangan-pasangan pengantin sure akan pilih tarikh tersebut sebagai tarikh yang paling sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan seperti angkasawan negara kita,
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos. Dia orang memang padan macam pinang di belah2 dua...hehehe...sama cantik dan sama padan ar. Boleh dikatakan dia orang punya majlis tu "Wedding of The Year 2010".

Pada tarikh yang sama, kawan sepejabat aku melangsungkan perkahwinannya, dia nikah 9/10/10 dan sanding 10/10/10. So aku di lantik menjadi photographer wedding dia untuk blah perempuan dan lelaki. Kiranya, it's my 1st job as photographer but not professional la....hehhe...thanks kat Yusuf dan Hidayah sebab mempercayai aku akan hasil ku ini. So amek gambar memang seronok walaupun penat tapi yang paling memenat adalah time nak mengedit gmbr....peergghhhh....aku ini dah lah buat part time je, so masa tu agak terhad. Kalau full time insya'allah cepat ar siap tp kalau part time ni memang kena ambil masa yang lama sedikit ar tapi apa2 pun akan aku usaha jugak....tungguuuu ek...

Kalau nak tengok banyak lagi gambar, sila klik link ini khairulzulhilmiphoto

1 comment:

Akma Azlin said...

Salam. meh nyanyi nursery rhyme untuk anak tido. HUSH LITTLE BABY
http://azlinzain.blogspot.com/2010/10/mari-nyanyi-nursery-rhyme-bagi-anak.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails